Strok berlaku apabila aliran darah ke otak terganggu. Sel-sel otak akan mati apabila kekurangan oksigen atau kekurangan nutrien yang disediakan oleh darah. Ini akan menyebabkan kecederaan kepada otak pesakit. Namun, mereka yang mengalami strok umumnya tidak akan menyedari apa yang berlaku. Namun kepada pemerhati, tanda-tanda strok adalah nyata.
- Kebas secara tiba-tiba di bahagian muka, lengan atau kaki (terutamanya di sebelah badan)
- Mengalami kekeliruan secara tiba-tiba, masalah bercakap atau memahami pertuturan
- Mengalami masalah penglihatan secara tiba-tiba di sebelah atau kedua-dua belah mata
- Langkah terasa berat, pening atau hilang imbangan/koordinasi
- Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba tanpa sebab yang diketahui
Apabila seseorang mengalami strok, setiap saat adalah kritikal. Kini, rawatan moden boleh mengurangkan kerosakan otak disebabkan oleh strok. Tetapi adalah amat penting seseorang pesakit tiba di hospital secepat mungkin selepas mengalami petanda gejala strok. Mengetahui tanda-tanda strok dan mendapatkan rawatan awal boleh membantu menyelamatkan diri anda atau seseorang yang kenali daripada kehilangan nyawa atau kecacatan jangka panjang yang serius.
Selain itu, membuat perubahan dalam gaya hidup dan cara pemakanan boleh membantu mencegah strok. Anda juga perlu mengambil kira faktor-faktor risiko lain termasuk latar belakang keluarga, tekanan darah tinggi , merokok, kurang bersenam , pengambilan alkohol dan berat badan yang berlebihan. Dapatkan konsultansi dengan doktor anda.
Ketahui risiko dan ambil tindakan sebelum malang tidak berbau .
Pernahkan anda mengalami situasi orang yang anda kenali mengalami tanda-tanda atau berhadapan dengan strok? Kongsi pengalaman anda, tips dan nasihat di seksyen komen di bawah atau laman Facebook kami.
Apa yang anda kongsi mungkin dapat menyelamatkannyawa!
Kandungan kolestrol dalam badan
Pertanyaan hubungi
+6018 281 2796
+6019 687 7796
+6018 281 2796
+6019 687 7796
Tiada ulasan:
Catat Ulasan